Sunday, October 3, 2010

Aktiviti Kayak -UiTM

tatapan sambungan kisah dari http://anginbayu-deqla.blogspot.com/2010/09/abseiling-or-rappelling-minggu-ke-lapan.html


18/09/2010 (Sabtu)

Assalamualaikum.......

Benarlah kata Abah ku, tak usah takut ingin mencuba sesuatu yang baru dan apa yang penting pengalaman yang ditimba menjadikan kita seseorang yang lebih berguna. Ya...,ternyata apa yang Abah kata itu memberi satu semangat kepada ku untuk mencuba dan terus mencuba bagi menambahkan ilmu di Dada.

Kali ini kami diberi peluang mencuba sendiri aktiviti yang langsung tidak terlintas oleh ku sebelum ini untuk mencuba iaitu kayak.Kami diberi penerangan serta pengenalan tentang aktiviti yang akan kami lakukan pada hari ini.Sekali lagi hatiku berdebar kerana aktiviti kali ini melibatkan air!!!!.Insaallah....aku kena kuat semangat dan yakin aku mampu melakukan sebaik yang mungkin.

Selepas sesi rengangan dibuat, kami dikehendaki menjalankan satu sesi latihan kecemasan dimana kami dikehendaki menaiki kayak tersebut dan terbalikkan kayak tersebut serta keluar dari kayak secepat mungkin. Kemudian dengan kadar yang segera kami dikehendaki mengangkat semula kayak serta manaiki kayak itu semula.Aku terlalu gementar juga pada permulaan tapi alhamdulillah aku dapat melakukannya dengan sempurna walaupun agak sukar sedikit semasa aku ingin menaiki kayak itu semula namun dengan usaha ku serta semangat dari rakan-rakan aku berjaya juga akhirnya. Tetapi hati kami sedikit cemas apabila salah satu rakan kami Anuar hampir-hampir lemas disebabkan beliau tak dapat keluar dari kayak tersebut disebabkan leher beliau tersangkut pada tali jaket keselamatan yang diletakkan didalam kayak tersebut.Nasib baiklah Anuar tak panik serta mampu mengatasi masalah tersebut..alhamdulillah syukur pada Allah.

Selepas semua melakukan aktiviti tersebut, kami diberi peluang menikmati keindahan alam di persekitaran tasek shah alam dengan menaiki kayak tersebut. dipertengahan acara tersebut kami berkumpul dan Cik Hisyam menyuruh aku orang yang paling pertama menukar tempat kayak bersama rakan yang mempunyai kayak yang paling tepi.Aku perlu melalui serta melintasi semua kayak yang dirapatkan tersebut sehingga ketempat yang diarahkan.Tetapi alhamdulillah aku tak terasa gayat atau ketakutan semasa melintasi diatas kayak tersebut.

Selepas selesai aktiviti masing-masing terasa kepuasan serta lega kerana dapat menjayakan aktiviti ini dengan berjaya walaupun kepenatan tetapi aku merasa sangat berpuas menimba pengalaman tersebut.