Sunday, April 17, 2011

akhirnya penantian itu berakhir Jua

Assalamualaikum.......


Salam Satu Malaysia!!!!!

Alhamdulillah setelah sekian lama tanpa jemu, letih, penat memerah usaha, pahit manis ,suka duka selama 4 tahun aku mengharunginya...akhirnya apa yang ku nantikan menunggu saat yang pasti akan tiba.

Teringat kembali kenangan semasa aku berusaha walaupun penat serta letih,kugagahi jua niat suci ku ini walaupun hampir ku berputus asa.....tiap malam hanya air mata yang membasahi pipi tatkala mengenangkan suami serta anak ku yang baru berusia 8bulan yang aku tinggalkan setiap minggu semata2 untuk memenuhi ilmu didada. Bayangkanlah tiap2 hari sabtu dan ahad aku berulang alik dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur.Bayangkanlah duit senantiasa tiada kerana hanya untuk menanpung perjalananku sahaja. Tapi aku nekad, inilah ujian paling besar yang harus aku lalui .Atas restu suamiku serta keluargaku, aku gagahi jua walaupun perit sungguh ketika itu aku rasakan.

Tapi berkat usaha serta semangat ku ini, segalanya kini menanti hari saja. Selesai sudah pembelajaran ku ,hanya menunggu hari bahgiaku sahaja. air mata ku laju membasahi pipi ketika selesai paper terakhir ku.Sambil mengucap terima kasih pada suamiku tercinta.....air mata ini adalah airmata kegembiraan serta kepayahan ku menempuh segala ujian dariNya hanya untuk mengapai segulung diploma.

Takkan pernah ku mengalah selepas ini,insaallah akan ku teruskan pembelajaran ku ke peringkat lebih tinggi walaupun pernah kulalui segala getir dan seksanya perjalanan ini. Aku yakin kejayaan akan ku gapai jua suatu hari nanti.

Ingatlah rakan2 ku , kejayaan tidak akan kita capai jika kita sendiri tidak memotivasikan diri kita pada perkara-perkara positif.Teruskan usaha jangan berhenti di tengah jalan, sentiasa memikirkan kejayaan itu pasti akan tiba jika kita bersabar. Bukan senang untuk mengapai bintang, jika kita sudah jatuh tersungkur....jadi bangkitlah walaupun sesukar mana kita rasakan.....Kejayaan menunggu kita kelak!!!

Monday, November 1, 2010

Final Camp SR113 "Extreme Outdoor Recreation 2010" UiTM



Assalamualaikum...............


Kenangan terindah dijadikan kenangan yang amat manis dikenang ,dan kenangan yang pahit dijadikan sebagai pengajaran. Saat yang aku tunggu telah tiba saat ini, dimana aku akan menyertai perkhemahan amali akhir di Gua Tempurung selama 4 hari iaitu mulai 09/10/2010 hingga 12/10/2010.Catitan pena ku mengimbas kenangan kami disana..................





Mengabdikan kenangan selepas sama-sama membanting tulang mengangkat barang-barang keperluan kami disana



Hari Pertama


09/10/2010 (Sabtu)



0700hrs
Kami berkumpul seawal pagi sekitar jam 0700hrs dan sama-sama mengangkat perkakasan serta barangan keperluan sepanjang perkhemahan. Kami diberi sedikit taklimat dan bacaan doa sebelum berlepas pada jam sekitar 1030hrs.Walaupun letih, aku tetap gagahkan jua semangatku demi mengharungi ujian ini.Hati terasa gundah gulana meninggalkan satu-satunya anak kesayanganku bersama suami tercinta. Ku doakan kalian berdua dilindungi Allah.




Berpeluang menikmati keindahan dipersekitaran kawasan menuju ke KEM Murni.






Lihatlah dunia betapa cantiknya ciptaan Allah




1415hrs

Rombongan kami telah sampai ke Kem Murni, Gua Tempurung dengan selamat alhamdulillah. Pemandangan hijau dan jauh dari kesibukkan kota mendamaikan hatiku serta terasa besarnya ciptaan Allah yang tiada tandingan.Kami bersama-sama memasang khemah dan memastikan kawasan perkhemahan kami selamat serta tidak terdapatnya takungan air. Setelah semuanya selesai ,kami menikmati hidangan makan ala kadar untuk mengalas perut..syukur atas rezeki yang Allah berikan pada hari ini.




Bersama rakan-rakan memasang khemah











Menikmati makanan bersama rakan-rakan.Walaupun penat tetapi keseronokan tetap terasa.




1730hrs

Aktiviti pertama kami pada petang tersebut ialah Tubing, dimana kami diberi peluang merasai serta melalui arus deras sebelum kami melakukannya keesokkan hari yang lebih mencabar serta perjalanan yang agak jauh. Setelah sampai ke tempat tubing tersebut dapat ku lihat arus yang begitu deras walaupun airnya tidaklah sedalam mana.Aduh..., sekali lagi aku cukup risau dan bimbang kerana takutkan air....,tapi aku yakin dengan jaket keselamatan serta helmet ,kami akan selamat..insaallah. Alhamdulillah ,semua rakan-rakanku selamat tiba ke destinasi. Seronok saat itu aku rasakan walaupun hati bercampur baur ,tapi aku puas dapat melakukannya walaupun ketika aku melalui arus yang deras....tiub yang aku naiki menuju ke kawasan buluh serta kepala ku tersangkut pada salah satu buluh tersebut sehinggakan tiub terlepas , aku tetap seronok dan terselit kelucuan .

2300-0001hrs
Sungguh dingin malam tersebut dengan suasana malam yang amat mendamaikan jiwaku. Kami dikehendaki mengawal kawasan perkhemahan kami. Setiap kumpulan dikehendaki mengawal kawasan selama 1 jam.Kumpulan kami pada waktu itu ditugaskan pada jam 2300 hinggalah 0001hrs. Walaupun penat, tetapi kami meluangkan masa bersama berbual dan menceritakan pengalaman masing-masing sepanjang kami disana. Alhamdulillah sejam sudah berlalu, masa sentry sudah tamat dan mataku lena dibuai mimpi serta memikirkan apa lagi aktiviti seterusnya....zzzzzzzzzz




Hari KEDUA


10/10/2010 (AHAD)





0630hrs

Diawal pagi kami melakukan aktiviti senaman ringan dan larian bagi menjaga stamina. Setelah selesai kami mengisi perut dan diberi sedikit taklimat oleh cik Hisyam.




Mengabdikan kenangan bersama lecturer kami Cik Hisyam sebelum melakukan aktiviti Tubing.







Terlalu indah mengamit memori bersama rakan-rakan seperjuangan


1030hrs

Selesai aktiviti tersebut kami bersiap sedia untuk mengadakan Tubing pada jarak yang jauh dan lebih mencabar. Sebelum kami melakukan aktiviti tersebut kami terlebih dahulu membuat water confident untuk langkah-langkah keselamatan sekiranya berlaku kejadian yang tak diingini. Kami memulakan perjalanan kami malawan arus deras sungai yang lagi mencabar dari sebelum ini. Kenangan yang tak dapat kulupakan adalah apabila aku melalui arus yang amat merbahaya yang telah di labelkan 3 line!!. sungguh hatiku bagai nak luruh ketika melawan arus deras tersebut aku tak dapat mengawal tiub dan telah terjatuh...dapat ku bayangkan betapa dalamnya kawasan tersebut...tetapi aku tak boleh panik dan ku pejamkan mata serta ringankan badanku untuk memastikan aku boleh keluar dari kawasan tersebut. Alhamdulillah aku berjaya keluar dari arus tersebut. Terselit ketakutan tapi aku bersyukur aku selamat dan masih yakin untuk meneruskan perjalanan kami .1415 hrs kami semuanya selamat sampai ke destinasi kem perkhemahan kami. Walaupun penat tapi masing-masing seronok menceritakan detik-detik manis dan cemas sepanjang aktiviti itu dijalankan.










Bergambar bersama rakan sebelum melakukan aktiviti Tubing.





Melawan arus deras sungai banyak menguji kesabaranku






Arus semakin menganas dan ku harus cuba mengawal arus






Saat ini aku sedang melakukan water confident sebagai langkah-langkah keselamatan






Pusing jangan tak pusing klu tak .....sampai bila pun tidak sampai ke tebing






Badan kena relaks jangan panic






Berehat seketika selepas selesai water confident






Berehat seketika sambil menanti rakan-rakan






Selamat sampai ke destinasi




1600hrs

Badan terasa penat dan badanku dipenuhi dengan lebam akibat terjatuh dan terlanggar batu semasa aktiviti Tubing, tapi itu perkara biasa jika kita melakukan aktiviti lasak .Aktiviti kami pada petang ini adalah Orieentering dimana aktiviti tersebut adalah sama semasa kami melakukannya di UiTM. Walaupun sedikit kecewa tidak dapat melakukan dengan baik, tapi kumpulan kami adalah antara yang terbaik menanda CP0 hingga CP4 dengan tepat menggunakan kompas.

2100hrs


Aktiviti malam ini adalah night walk and solo walk. Kami dikehendaki berbaris panjang mengikut kumpulan masing-masing . Kami juga diberikan kata laluan bagi langkah-langkah keselamatan .Disepanjang perjalanan aku dikedudukan kedua dalam barisan...aku hanya memerhatikan beg rakan ku dihadapan iaitu Ayob kerana itu lebih selamat dan aku yakin aku takkan jauh darinya. Aku jua dapat melihat kerdipan kunang-kunang yang mengiringi perjalanan kami. Terlalu indah ku rasakan malam itu walaupun kami berjalan diketika itu tanpa lampu suluh.Perjalanan kami terhenti disesuatu kawasan yang aku sendiri tak pasti. Disaat itu yang dapat kulihat pemandangan gua tempurung yang begitu cantik dan megah. Kami dikehendaki berbaring serta menikmati suara-suara haiwan yang menyerikan malam tersebut.





Masing-masing bersiap sedia untuk Night Walk





Saat yang paling mendebarkan dan tak kusangka, kami dikehendaki memilih tiga laluan untuk dilepaskan seorang demi seorang berbekalkan hanya sebatang lilin.Kami diberi masa untuk memilih sendiri laluan kami. Laluan pertama disebelah kanan ku adalah laluan kami selusuri sebentar tadi, manakala laluan kedua dan ketiga adalah laluan yang kami tak tau keadaannya. Tetapi aku memilih laluan dihadapan ku iaitu laluan baru kerana ku yakin laluan itu paling dekat walaupun dikeliling nya ku lihat pokok-pokok rendang bagaikan menutup jalan tersebut. Mungkin jua aku memberanikan diri mengubah haluan walaupun ku tak pasti jalan tersebut lebih selamat ataupun tidak.


Dengan membekalkan doa dan lilin ditangan ku, lilin dinyalakan dan ku hanyun langkah kakiku secepat dan sedaya yang mungkin untuk ku sampai kepenamatnya.Makin jauh kerasakan kaki ku melangkah,makin sukar untuk ku perhatikan jalan serta memastikan lilin ditanganku dapat menerangi malam ku.Hampir-hampir kepala ku terkena salah satu dahan pokok yang merintangi jalan yang ku lalui, langkah ku terhenti seketika ketika itu kerana sangkaku itu jalan mati. Tetapi aku nekad untuk teruskan langkah ku hingga akhirnya dari kejauhan dapat ku lihat lilin-lilin rakan-rakan ku yang telah sampai sebelum ku. Alhamdulillah aku berjaya sampai dan bersama kawan-kawan yang lain.

Sedang kami asyik menanti rakan-rakan yang lain, tiba-tiba kami mendengar sayup bunyi wisel yang sememangnya dibekalkan kepada setiap peserta. Salah satu rakan ku telah tersasar kelaluan lain. Hati kami cukup cemas dan dapat kebayangkan perasaan ku jika aku senasib sepertinya. Berkat doa dari rakan-rakan akhirnya rakanku diselamatkan oleh pelajar-pelajar ijazah yang ditugaskan menjaga kami disaat itu. Dari jauh ku cuba perhatikan siapakah rakanku itu?...yaa kak massurah rupanya. Syukurlah dia selamat..walaupun dapat ku lihat raub wajahnya diketika itu cukup cemas dan hanya mendiamkan diri tapi ku tahu disebaliknya hatinya gembira dapat menyelesaikan solo ninght walk.Kami pulang ke kem perkhemahan kami dengan hati yang tenang jam 0020hrs

0100-0200hrs

Seperti malam sebelum ini...kami mengawal kawasan khemah. Malam ini adalah malam yang begitu senang untuk ku lelapkan mata ,mungkin kerana terlalu penat dan letih...zzzzzzzzzz




Hari Ketiga


11/10/2010 (ISNIN)







Salah satu kawasan menarik didalam Gua Tempurung


0935hrs

Selesai menjalankan senaman pagi seperti sebelumnya, kami bersiap untuk menjalankan aktiviti Caving di Gua Tempurung.Ini adalah pengalaman pertama aku memasuki gua dan aku begitu teruja .Sampainya di sana kami diberi taklimat oleh pemandu kami yang akan membawa kami masuk ke gua tersebut. Pertama kali melangkah diiringi dengan doa, aku terpegun melihat ciptaan Allah ...,betapa besarnya keindahan yang dapat kita lihat di sebalik gua tersebut.Terdapat jua corak-corak semulajadi yang bukannya diukir oleh manusia....diantaranya corak gajah yang memang seperti ada yang mengukirnya begitu jua bentuk-bentuk yang lain seperti obor, bentuk muka manusia, tangan manusia, rama-rama dan pelbagai bentuk lagi yang terjadi dengan sendiri..waallahualam.






Sempat kami merakamkan gambar kenangan dengan lecturer yang pernah mengajar kami
Cik Norasudin






Bergambar dihadapan pintu masuk Gua Tempurung





Berehat sambil menikmati keindahan persekitaran Gua Tempurung




Kami berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan yang lebih mencabar. Seterusnya kami melalui kawasan yang agak licin dan kami dikehendaki melaluinya seperti keadaan mengelongsor.Saat itu terimbas zaman kanak-kanak ketika sedang leka bermain gelongsor....nah!!! diketika umur kami seperti ini jua kami diberi peluang untuk merasai zaman kanak-kanak...hehehhe begitu seronok kurasakan saat itu.

Perjalanan kami makin lama makin mencabar.....kami dikehendaki melalui jalan yang makin sempit serta terpaksa merangkak didalam air untuk melepasi kawasan tersebut.Hati terasa berdebar , bimbang jika ada binatang berbisa yang melalui air tersebut.Walaupun badan kami basah tapi kami tak menghiraukannya kerana sedang leka melalui kawasan gua tersebut.Kami jua dapat merasai kegelapan di dalam gua tersebut apabila kami mematikan seketika lampu...ternyata kawasan gua tersebut teramatlah gelap sehinggakan dinding gua pun langsung aku tak dapat melihatnya.










Rakan-rakan membantu untuk menuruni salah satu kawasan yang mencabar




Perlu berhati-hati ketika melalui kawasan ini




Inilah salah satu laluan yang amat sukar sehinggakan kami terpaksa merangkak di dalam air


Dipenghujung perjalanan, kami berehat seketika di satu kawasan air yang begitu jernih dimana dasarnya seperti marmar putih yang teramatlah cantik dan bersih pernah ku lihat. Kami mengabdikan kenangan dikawasan tersebut serta membersihkan pakaian kami sebelum kami pulang pada jam 1510hrs.





Disitulah terletaknya kawasan air yang begitu jernih





Bergambar setelah selesai Caving




1645hrs

Aktiviti kami pada petang ini ialah survival, dimana kami akan ditempatkan didalam hutan mengikut kumpulan masing-masing dan ditinggalkan disana hanya dibekalkan beras, garam, gula, kopi, teh, 1 biji telur, 2 jaket keselamatan, 1 telekung sembahyang dan 3 batang mancis. Kami juga dilarang sama sekali membawa lampu suluh dan juga jam .Sebelum itu kami direndamkan kedalam sungai sehingga pakaian kami habis basah dan barulah dihantar ke tempat survival. Kumpulan kami berkerjasama mencari kayu api untuk dijadikan sebagai "Lampu" sepanjang kami berada disana.




salah seorang rakan ku mengangkat kayu untuk dijadikan kayu api



Inilah ahli kumpulan ku ketika survival tetapi gambarku tiada hehehhe


Kami menikmati makan malam resipi bubur nasi telur istimewa yang dikelilingi suasana hutan serta unggun api. Di sini aku diuji lagi....tiba-tiba disaat hatiku sedang leka menjaga unggun api dan sedang menyandar di salah satu pokok kecil, bagaikan terasa sejuk pipi ku disaat itu...ku sangkakan daun-daun luruh diatas pokok yang hinggap di pipi ku. Dengan yakin ku cuba mengalihkan BENDA itu dengan tenang...tiba-tiba terasa lembik dan licin ketika tanganku menerjah ke pipi ku, dengan pantas aku menarik dan cuba mencabut BENDA tersebut serta mencampakkan berhampiran unggun api. Nak tahukah apa BENDA itu?.....ia hanyalah PACAT!!!!. sungguh!!! kalau lah ku tahu di pipi ku itu pacat...comfirm aku takkan sesekali memberanikan diri untuk mencabutnya..kerana sememangnya aku memang takut dan geli dengan PACAT.....




Berhampiran unggun api inilah tempat ku mencampakkan 'BENDA" tersebut



Setelah kami bergilir-gilir menjaga unggun api..kuterasa matahari mula terbit menyinari kegelapan hutan yang kami duduki....kami sama-sama membersihkan kawasan dan menunggu bilakah kami akan diambil pulang ke pusat perkhemahan. Akhirnya kami semua selamat dan keluar dari kawasan survival kami lingkungan jam 1430.

Hari Keempat



12/10/2010 (SELASA)

mengabdikan kenangan di Kem Murni sebelum kami pulang

Tepat jam 0830hrs ditangan ku ,kami sama-sama bergotong royong membersihkan kawasan perkhemahan kami serta membuka khemah kami untuk pulang. Hati saat ini begitu merindui keluargaku dan tak sabar rasanya menceritakan pengalaman ku kepada anak ku tercinta. Walaupun banyak halangan serta pergorbanan yang kulakukan disaat ini.., aku yakinkan bahawa aku ikhlas kerana Allah serta rela berkorban demi apa sahaja asalkan aku dapat buktikan kepada keluarga yang aku ingin berjaya dan mengotakan janji ibubapaku serta suami tercinta. Takkan ku sia-siakan pembelajaranku kerana ku tau suamiku banyak menghabiskan duit keranaku, aku sanggup mengorbankan masaku bersama keluarga, sanggup membahagikan masa kerja, pelajaran serta keluarga dan diri ku sendiri....,tapi itu takkan mematahkan semangat ku berusaha mencapai cita-cita ku.





Bersungguh-sungguh rakanku melipatkan khemah yang telah kami basuh



Sempat tanganku mengambil gambar rakan-rakanku yang sedang membasuh khemah.



1430hrs kami selamat sampai di UiTM Shah Alam. Kami sekali lagi sama-sama membasuh khemah dan mengangkat keperluan-keperluan kami. Walaupun dapat ku lihat masing-masing kepenatan..tetapi kami sama-sama saling bantu membantu bak kata pepatah "ringan sama dijinjing, berat sama dipikul". Banyak kenangan indah kami disana yang akan dijadikan pengajaran serta tauladan berguna buat diriku. Segala tunjuk ajar serta bantuan daripada semua yang terlibat amatlah ku hargai dan ribuan terima kasih jua aku ucapkan hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi. Kepada rakan-rakan seperjuangan terima kasih jua ku pohon atas jasa baik kalian.

Selamat Hari Lahir Mak...

Assalamualaikum....


Hari ini aku menjalankan rutin harian kerjaku di pejabat. Ku lihat di kalendar meja ku 1/11/2010 dan tertulis di coretan pada tarikh tersebut "Birthday Mak".Ya hari ini adalah hari Lahir Mak yang telah membesarkan aku dan banyak membimbing diriku sehingga aku mengapai impian ku.

Air mata ku mula bergenang mengenangkan keringat tubuhnya mencari rezeki bagi membesarkan kami 5 beradik. Memang Abah ketika itu berkerja sebagai polis tapi pada ketika itu gaji polis masih kecil. Setiap pagi mak akan bangun awal menyiapkan kuih muih yang akan dihantar kekedai berhadapan dengan balai polis. Pada ketika itu aku masih bersekolah darjah 4 dan kami sekeluarga menetap di Pengkalan Chepa Kelantan.Ku lihat ibu sedang leka mengoreng donut untuk dihantar ke kedai. Sempat ku perhatikan raub wajah ibuku yang penuh dengan persoalan yang ketika itu tak dapat aku huraikan.Ku tau Mak penat dan sanggup melakukan apa sahaja walaupun terpaksa menyiapkan pakaian tempahan pada waktu malam asalkan anak-anak dapat keselesaan untuk pembelajaran.
Itulah Mak aku yang tak kenal erti jemu serta penat bagi mencari rezeki buat kami. Dan semangat ibu itu jua lah yang memberi ku semangatku menempuh ujian dariNya serta berkorban jiwa dan raga kepada anak ku. Mak lah kesayang ku dan semangatku untuk terus menimba ilmu walaupun aku tau ketika ini amat berat ujian yang aku harus tempuhi kerana memikirkan kerjaya serta keluarga. Tetapi setiap detik semangat ku kembali segar apabila terkenangkan pergorbanan ibu yang tak pernah mengenal erti jemu buat kami.
Mak..... Deqla sayangkan mak. Pergorbanan mak memang tak mampu dibalas ....,hanya doa Deqla hulurkan semoga Mak senantiasa di lindungiNya dan dipanjangkan umur.Mak lah semangat Deqla dan kekuatan Deqla. Doakanlah deqla berjaya itu sahaja yang dapat Deqla ganti dengan penat jenuh mak membesarkan Deqla." Kaulah ilham ku dan Kaulah Semangatku"....

Aktiviti Abseiling (Praktikal)

Sambungan coretan dari.> http://anginbayu-deqla.blogspot.com/2010/10/aktiviti-kayak-uitm.html


02/10/2010 (SABTU)
Assalamualaikum.................

Hari ini kami menimba ilmu di UiTM Shah Alam pada awal jam 0800hrs. Pada permulaan kami didedahkan dengan aktiviti Orienteering yang dilakukan sekitar UiTM. Kami diberikan kumpulan yang terdiri daripada 2 orang setiap kumpulan .Kami dikehendaki membuat check Point sendiri berdasarkan kompas serta mencatitnya dengan tepat kerana salah satu kumpulan akan melalui Check point yang telah kami buat.Dalam masa sejam semuanya selesai berserta plan lakaran cheack point kami. Kami diberi peluang untuk mencari laluan yang telah ditandakan oleh kumpulan lain. Aku dan Ayob iaitu pelajar PJJ adalah satu kumpulan. Walaupun tidak mengenalinya tetapi kami sama-sama berkerjasama untuk menghabiskan cheack point kami.Alhamdulillah dengan hati yang gembira kumpulan aku adalah kumpulan yang pertama menghabiskan misi tersebut....alhamdulillah.Sesi kedua selepas aktiviti tersebut kami akan melalui pengalaman untuk melakukan abseilling. Sedang enak membuai perasaan ketika kami sedang rehat...mata pena ku sedang asyik memerhati pelajar-pelajar lain yang sedang membuat aktiviti abseilling.Dalam hatiku terdetik....Ya Allah permudahkanlah aku untuk menempuhnya nanti.


bersiap sedia ketika ingin turun.....

Nak seribu daya...tak nak seribu Dalih..., tapi bg aku "Dalih" tuh harus diluputkan dalam minda ku kerana selagi aku banyak berdalih selagi itu keyakinan ku akan pudar serta sampai bila harus ku berada disitu .Teringat kenangan manis ku ketika aku mencuba sesuatu yang selama ini tidak pernah terlintas dibenak pemikiranku untuk melakukan aktiviti Abseilling. Ya Abseiling...selama ini namanya pun aku x pernah nak amik tahu n x pernah terlintas untuk melakukannya.


semangatnya aku ketika melaporkan ingin turun.....salah satu cara nak hilangkan ketakutan ketika aktiviti sedang dijalankan.


heheh lihatlah dunia



Sempat mengabdikan kenangan ketika aku sedang melakukan Abseilling


Tetapi itulah pengalaman yang indah bagiku serta rakan-rakan ku kerana diberi peluang menimba pengalaman baru dan terselit kenangan yang takan dilupakan dalam kamus hidupku.Ya Allah berat sungguh langkah kakiku untuk meneruskan perjalanan menaiki lift ke tingkat 11!!!ya tingkat 11 ,betapa tingginya aku rasa ketika itu untuk melakukannya.Tapi aku tidak pasti aku nih jenis yang gayat ker apa...tapi yang pasti aku takut dengan air hehehhe.Ya allah...lift telah terbuka luas bagaikan menanti untuk ku menempuh aktiviti tersebut.Semasa Cik Hisyam sedang asyik memberi taklimat serta langkah-langkah keselamatan pada kami,dapat aku rasakan perubahan pada diriku .., ku lihat tapak tanganku makin putih seputih-putihnya ...dapatku tafsirkan apatah lagi muka ku diketika ini.
Masa dan saatnya akan tiba nanti aku harus tenangkan perasaan ku ketika ini..aku harus yakinkan diri ketika ini dan aku harus lakukan jua tanpa menoleh kebelakang. Semangatku makin berkobar-kobar apabila ku lihat sendiri org pertama dikalangan kami yang akan melakukannya adalah perempuan..setelah aku melihat kak Farah iaitu pelajar PJJ berjaya mengharungi ujian tersebut ,aku terus yakin yang aku jua dapat melakukannya sebaik yang mungkin. Dan jangan tak percaya dikalangan perempuan aku org yang ketiga melakukannya. Ya....kali pertama melintasi pagar untuk melukakannya jantung ku berdenyut kencang dan tak dapat gambarkan kakiku seperti berada di awang-awangan ketika itu.Setelah kedudukan ku stabil untuk memulakan langkah yang pertama..terselit keseronokan serta kayakinan dan hanya Allah sahaja yang tahu aku cukup puas melakukan aktiviti Abseiling tersebut.
Terasa pantas kakiku mengharungi langkah hingga sampai ke penghujungnya...terasa cepat masa itu berlalu ..bagaikan tidak puas aku menikmati saat2 yang tak pernak aku tempuhi sebelum ini.Aku begitu teruja serta berpuas hati dapat melakukannya sebaik yang mungkin.

Sunday, October 3, 2010

Aktiviti Kayak -UiTM

tatapan sambungan kisah dari http://anginbayu-deqla.blogspot.com/2010/09/abseiling-or-rappelling-minggu-ke-lapan.html


18/09/2010 (Sabtu)

Assalamualaikum.......

Benarlah kata Abah ku, tak usah takut ingin mencuba sesuatu yang baru dan apa yang penting pengalaman yang ditimba menjadikan kita seseorang yang lebih berguna. Ya...,ternyata apa yang Abah kata itu memberi satu semangat kepada ku untuk mencuba dan terus mencuba bagi menambahkan ilmu di Dada.

Kali ini kami diberi peluang mencuba sendiri aktiviti yang langsung tidak terlintas oleh ku sebelum ini untuk mencuba iaitu kayak.Kami diberi penerangan serta pengenalan tentang aktiviti yang akan kami lakukan pada hari ini.Sekali lagi hatiku berdebar kerana aktiviti kali ini melibatkan air!!!!.Insaallah....aku kena kuat semangat dan yakin aku mampu melakukan sebaik yang mungkin.

Selepas sesi rengangan dibuat, kami dikehendaki menjalankan satu sesi latihan kecemasan dimana kami dikehendaki menaiki kayak tersebut dan terbalikkan kayak tersebut serta keluar dari kayak secepat mungkin. Kemudian dengan kadar yang segera kami dikehendaki mengangkat semula kayak serta manaiki kayak itu semula.Aku terlalu gementar juga pada permulaan tapi alhamdulillah aku dapat melakukannya dengan sempurna walaupun agak sukar sedikit semasa aku ingin menaiki kayak itu semula namun dengan usaha ku serta semangat dari rakan-rakan aku berjaya juga akhirnya. Tetapi hati kami sedikit cemas apabila salah satu rakan kami Anuar hampir-hampir lemas disebabkan beliau tak dapat keluar dari kayak tersebut disebabkan leher beliau tersangkut pada tali jaket keselamatan yang diletakkan didalam kayak tersebut.Nasib baiklah Anuar tak panik serta mampu mengatasi masalah tersebut..alhamdulillah syukur pada Allah.

Selepas semua melakukan aktiviti tersebut, kami diberi peluang menikmati keindahan alam di persekitaran tasek shah alam dengan menaiki kayak tersebut. dipertengahan acara tersebut kami berkumpul dan Cik Hisyam menyuruh aku orang yang paling pertama menukar tempat kayak bersama rakan yang mempunyai kayak yang paling tepi.Aku perlu melalui serta melintasi semua kayak yang dirapatkan tersebut sehingga ketempat yang diarahkan.Tetapi alhamdulillah aku tak terasa gayat atau ketakutan semasa melintasi diatas kayak tersebut.

Selepas selesai aktiviti masing-masing terasa kepuasan serta lega kerana dapat menjayakan aktiviti ini dengan berjaya walaupun kepenatan tetapi aku merasa sangat berpuas menimba pengalaman tersebut.

Sunday, September 5, 2010

Abseiling Or Rappelling / Minggu Ke Lapan

Assalamualaikum

04 Sept 2010 (Sabtu)

Minggu ini seperti biasa kelas dijalankan di Maktab PDRM KL. Kali ini benar-benar menaraik minatku kerana diberi peluang dan pendekatan tentang aktiviti "Abseiling" .Banyak sebenarnya peralatan-peralatan digunakan bagi memastikan semasa kita melakukan aktiviti ini, kita dalam keadaan selamat serta mempunyai ciri-ciri keselamatan.






Pastikan Topi yang dipakai kemas dan selesa bagi mengelakkan topi terjatuh semasa aktiviti dijalankan.



Ntahlah... sepanjang hidup ku aku tidak pernah melakukan aktiviti ini , kerana bagiku seperti menempah Maut!.Tapi sebenarnya tanggapan ku salah.....terasa jua itu sebenarnya adalah salah satu aktiviti yang sepatutnya dicuba oleh semua.Dalam hatiku terdetik jua kebimbangan, bayangkanlah tali yang menampung kami itu adakah kuat serta mampu membebani keberatan badan kita? Tapi Cik Hisyam telah menerangkan dengan lebih terperinci dan sedikit sebanyak dapat mengurangkan perspektif negatif ku.





Pening juga melihat banyak peralatan yang digunakan sepanjang aktiviti ini dijalankan bagi memastikan keselamatan terjamin.





Dibawah adalah teknik-teknik bagi abseiling yang akan kami lakukan nanti...