Assalamualaikum...............
Kenangan terindah dijadikan kenangan yang amat manis dikenang ,dan kenangan yang pahit dijadikan sebagai pengajaran. Saat yang aku tunggu telah tiba saat ini, dimana aku akan menyertai perkhemahan amali akhir di Gua Tempurung selama 4 hari iaitu mulai 09/10/2010 hingga 12/10/2010.Catitan pena ku mengimbas kenangan kami disana..................
Mengabdikan kenangan selepas sama-sama membanting tulang mengangkat barang-barang keperluan kami disana
Hari Pertama
09/10/2010 (Sabtu)
0700hrs
Kami berkumpul seawal pagi sekitar jam 0700hrs dan sama-sama mengangkat perkakasan serta barangan keperluan sepanjang perkhemahan. Kami diberi sedikit taklimat dan bacaan doa sebelum berlepas pada jam sekitar 1030hrs.Walaupun letih, aku tetap gagahkan jua semangatku demi mengharungi ujian ini.Hati terasa gundah gulana meninggalkan satu-satunya anak kesayanganku bersama suami tercinta. Ku doakan kalian berdua dilindungi Allah.
Berpeluang menikmati keindahan dipersekitaran kawasan menuju ke KEM Murni.
Lihatlah dunia betapa cantiknya ciptaan Allah
1415hrs
Rombongan kami telah sampai ke Kem Murni, Gua Tempurung dengan selamat alhamdulillah. Pemandangan hijau dan jauh dari kesibukkan kota mendamaikan hatiku serta terasa besarnya ciptaan Allah yang tiada tandingan.Kami bersama-sama memasang khemah dan memastikan kawasan perkhemahan kami selamat serta tidak terdapatnya takungan air. Setelah semuanya selesai ,kami menikmati hidangan makan ala kadar untuk mengalas perut..syukur atas rezeki yang Allah berikan pada hari ini.
Bersama rakan-rakan memasang khemah
Menikmati makanan bersama rakan-rakan.Walaupun penat tetapi keseronokan tetap terasa.
1730hrs
Aktiviti pertama kami pada petang tersebut ialah Tubing, dimana kami diberi peluang merasai serta melalui arus deras sebelum kami melakukannya keesokkan hari yang lebih mencabar serta perjalanan yang agak jauh. Setelah sampai ke tempat tubing tersebut dapat ku lihat arus yang begitu deras walaupun airnya tidaklah sedalam mana.Aduh..., sekali lagi aku cukup risau dan bimbang kerana takutkan air....,tapi aku yakin dengan jaket keselamatan serta helmet ,kami akan selamat..insaallah. Alhamdulillah ,semua rakan-rakanku selamat tiba ke destinasi. Seronok saat itu aku rasakan walaupun hati bercampur baur ,tapi aku puas dapat melakukannya walaupun ketika aku melalui arus yang deras....tiub yang aku naiki menuju ke kawasan buluh serta kepala ku tersangkut pada salah satu buluh tersebut sehinggakan tiub terlepas , aku tetap seronok dan terselit kelucuan .
2300-0001hrs
Sungguh dingin malam tersebut dengan suasana malam yang amat mendamaikan jiwaku. Kami dikehendaki mengawal kawasan perkhemahan kami. Setiap kumpulan dikehendaki mengawal kawasan selama 1 jam.Kumpulan kami pada waktu itu ditugaskan pada jam 2300 hinggalah 0001hrs. Walaupun penat, tetapi kami meluangkan masa bersama berbual dan menceritakan pengalaman masing-masing sepanjang kami disana. Alhamdulillah sejam sudah berlalu, masa sentry sudah tamat dan mataku lena dibuai mimpi serta memikirkan apa lagi aktiviti seterusnya....zzzzzzzzzz
Hari KEDUA
10/10/2010 (AHAD)
0630hrs
Diawal pagi kami melakukan aktiviti senaman ringan dan larian bagi menjaga stamina. Setelah selesai kami mengisi perut dan diberi sedikit taklimat oleh cik Hisyam.
Mengabdikan kenangan bersama lecturer kami Cik Hisyam sebelum melakukan aktiviti Tubing.
Terlalu indah mengamit memori bersama rakan-rakan seperjuangan
1030hrs
Selesai aktiviti tersebut kami bersiap sedia untuk mengadakan Tubing pada jarak yang jauh dan lebih mencabar. Sebelum kami melakukan aktiviti tersebut kami terlebih dahulu membuat water confident untuk langkah-langkah keselamatan sekiranya berlaku kejadian yang tak diingini. Kami memulakan perjalanan kami malawan arus deras sungai yang lagi mencabar dari sebelum ini. Kenangan yang tak dapat kulupakan adalah apabila aku melalui arus yang amat merbahaya yang telah di labelkan 3 line!!. sungguh hatiku bagai nak luruh ketika melawan arus deras tersebut aku tak dapat mengawal tiub dan telah terjatuh...dapat ku bayangkan betapa dalamnya kawasan tersebut...tetapi aku tak boleh panik dan ku pejamkan mata serta ringankan badanku untuk memastikan aku boleh keluar dari kawasan tersebut. Alhamdulillah aku berjaya keluar dari arus tersebut. Terselit ketakutan tapi aku bersyukur aku selamat dan masih yakin untuk meneruskan perjalanan kami .1415 hrs kami semuanya selamat sampai ke destinasi kem perkhemahan kami. Walaupun penat tapi masing-masing seronok menceritakan detik-detik manis dan cemas sepanjang aktiviti itu dijalankan.
Bergambar bersama rakan sebelum melakukan aktiviti Tubing.
Melawan arus deras sungai banyak menguji kesabaranku
Arus semakin menganas dan ku harus cuba mengawal arus
Saat ini aku sedang melakukan water confident sebagai langkah-langkah keselamatan
Pusing jangan tak pusing klu tak .....sampai bila pun tidak sampai ke tebing
Badan kena relaks jangan panic
Berehat seketika selepas selesai water confident
Berehat seketika sambil menanti rakan-rakan
Selamat sampai ke destinasi
1600hrs
Badan terasa penat dan badanku dipenuhi dengan lebam akibat terjatuh dan terlanggar batu semasa aktiviti Tubing, tapi itu perkara biasa jika kita melakukan aktiviti lasak .Aktiviti kami pada petang ini adalah Orieentering dimana aktiviti tersebut adalah sama semasa kami melakukannya di UiTM. Walaupun sedikit kecewa tidak dapat melakukan dengan baik, tapi kumpulan kami adalah antara yang terbaik menanda CP0 hingga CP4 dengan tepat menggunakan kompas.
2100hrs
Aktiviti malam ini adalah night walk and solo walk. Kami dikehendaki berbaris panjang mengikut kumpulan masing-masing . Kami juga diberikan kata laluan bagi langkah-langkah keselamatan .Disepanjang perjalanan aku dikedudukan kedua dalam barisan...aku hanya memerhatikan beg rakan ku dihadapan iaitu Ayob kerana itu lebih selamat dan aku yakin aku takkan jauh darinya. Aku jua dapat melihat kerdipan kunang-kunang yang mengiringi perjalanan kami. Terlalu indah ku rasakan malam itu walaupun kami berjalan diketika itu tanpa lampu suluh.Perjalanan kami terhenti disesuatu kawasan yang aku sendiri tak pasti. Disaat itu yang dapat kulihat pemandangan gua tempurung yang begitu cantik dan megah. Kami dikehendaki berbaring serta menikmati suara-suara haiwan yang menyerikan malam tersebut.
Masing-masing bersiap sedia untuk Night Walk
Saat yang paling mendebarkan dan tak kusangka, kami dikehendaki memilih tiga laluan untuk dilepaskan seorang demi seorang berbekalkan hanya sebatang lilin.Kami diberi masa untuk memilih sendiri laluan kami. Laluan pertama disebelah kanan ku adalah laluan kami selusuri sebentar tadi, manakala laluan kedua dan ketiga adalah laluan yang kami tak tau keadaannya. Tetapi aku memilih laluan dihadapan ku iaitu laluan baru kerana ku yakin laluan itu paling dekat walaupun dikeliling nya ku lihat pokok-pokok rendang bagaikan menutup jalan tersebut. Mungkin jua aku memberanikan diri mengubah haluan walaupun ku tak pasti jalan tersebut lebih selamat ataupun tidak.
Dengan membekalkan doa dan lilin ditangan ku, lilin dinyalakan dan ku hanyun langkah kakiku secepat dan sedaya yang mungkin untuk ku sampai kepenamatnya.Makin jauh kerasakan kaki ku melangkah,makin sukar untuk ku perhatikan jalan serta memastikan lilin ditanganku dapat menerangi malam ku.Hampir-hampir kepala ku terkena salah satu dahan pokok yang merintangi jalan yang ku lalui, langkah ku terhenti seketika ketika itu kerana sangkaku itu jalan mati. Tetapi aku nekad untuk teruskan langkah ku hingga akhirnya dari kejauhan dapat ku lihat lilin-lilin rakan-rakan ku yang telah sampai sebelum ku. Alhamdulillah aku berjaya sampai dan bersama kawan-kawan yang lain.
Sedang kami asyik menanti rakan-rakan yang lain, tiba-tiba kami mendengar sayup bunyi wisel yang sememangnya dibekalkan kepada setiap peserta. Salah satu rakan ku telah tersasar kelaluan lain. Hati kami cukup cemas dan dapat kebayangkan perasaan ku jika aku senasib sepertinya. Berkat doa dari rakan-rakan akhirnya rakanku diselamatkan oleh pelajar-pelajar ijazah yang ditugaskan menjaga kami disaat itu. Dari jauh ku cuba perhatikan siapakah rakanku itu?...yaa kak massurah rupanya. Syukurlah dia selamat..walaupun dapat ku lihat raub wajahnya diketika itu cukup cemas dan hanya mendiamkan diri tapi ku tahu disebaliknya hatinya gembira dapat menyelesaikan solo ninght walk.Kami pulang ke kem perkhemahan kami dengan hati yang tenang jam 0020hrs
0100-0200hrs
Seperti malam sebelum ini...kami mengawal kawasan khemah. Malam ini adalah malam yang begitu senang untuk ku lelapkan mata ,mungkin kerana terlalu penat dan letih...zzzzzzzzzz
Hari Ketiga
11/10/2010 (ISNIN)
Salah satu kawasan menarik didalam Gua Tempurung
0935hrs
Selesai menjalankan senaman pagi seperti sebelumnya, kami bersiap untuk menjalankan aktiviti Caving di Gua Tempurung.Ini adalah pengalaman pertama aku memasuki gua dan aku begitu teruja .Sampainya di sana kami diberi taklimat oleh pemandu kami yang akan membawa kami masuk ke gua tersebut. Pertama kali melangkah diiringi dengan doa, aku terpegun melihat ciptaan Allah ...,betapa besarnya keindahan yang dapat kita lihat di sebalik gua tersebut.Terdapat jua corak-corak semulajadi yang bukannya diukir oleh manusia....diantaranya corak gajah yang memang seperti ada yang mengukirnya begitu jua bentuk-bentuk yang lain seperti obor, bentuk muka manusia, tangan manusia, rama-rama dan pelbagai bentuk lagi yang terjadi dengan sendiri..waallahualam.
Sempat kami merakamkan gambar kenangan dengan lecturer yang pernah mengajar kami
Cik Norasudin
Bergambar dihadapan pintu masuk Gua Tempurung
Berehat sambil menikmati keindahan persekitaran Gua Tempurung
Kami berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan yang lebih mencabar. Seterusnya kami melalui kawasan yang agak licin dan kami dikehendaki melaluinya seperti keadaan mengelongsor.Saat itu terimbas zaman kanak-kanak ketika sedang leka bermain gelongsor....nah!!! diketika umur kami seperti ini jua kami diberi peluang untuk merasai zaman kanak-kanak...hehehhe begitu seronok kurasakan saat itu.
Perjalanan kami makin lama makin mencabar.....kami dikehendaki melalui jalan yang makin sempit serta terpaksa merangkak didalam air untuk melepasi kawasan tersebut.Hati terasa berdebar , bimbang jika ada binatang berbisa yang melalui air tersebut.Walaupun badan kami basah tapi kami tak menghiraukannya kerana sedang leka melalui kawasan gua tersebut.Kami jua dapat merasai kegelapan di dalam gua tersebut apabila kami mematikan seketika lampu...ternyata kawasan gua tersebut teramatlah gelap sehinggakan dinding gua pun langsung aku tak dapat melihatnya.
Rakan-rakan membantu untuk menuruni salah satu kawasan yang mencabar
Perlu berhati-hati ketika melalui kawasan ini
Inilah salah satu laluan yang amat sukar sehinggakan kami terpaksa merangkak di dalam air
Dipenghujung perjalanan, kami berehat seketika di satu kawasan air yang begitu jernih dimana dasarnya seperti marmar putih yang teramatlah cantik dan bersih pernah ku lihat. Kami mengabdikan kenangan dikawasan tersebut serta membersihkan pakaian kami sebelum kami pulang pada jam 1510hrs.
Disitulah terletaknya kawasan air yang begitu jernih
Bergambar setelah selesai Caving
1645hrs
Aktiviti kami pada petang ini ialah survival, dimana kami akan ditempatkan didalam hutan mengikut kumpulan masing-masing dan ditinggalkan disana hanya dibekalkan beras, garam, gula, kopi, teh, 1 biji telur, 2 jaket keselamatan, 1 telekung sembahyang dan 3 batang mancis. Kami juga dilarang sama sekali membawa lampu suluh dan juga jam .Sebelum itu kami direndamkan kedalam sungai sehingga pakaian kami habis basah dan barulah dihantar ke tempat survival. Kumpulan kami berkerjasama mencari kayu api untuk dijadikan sebagai "Lampu" sepanjang kami berada disana.
salah seorang rakan ku mengangkat kayu untuk dijadikan kayu api
Inilah ahli kumpulan ku ketika survival tetapi gambarku tiada hehehhe
Kami menikmati makan malam resipi bubur nasi telur istimewa yang dikelilingi suasana hutan serta unggun api. Di sini aku diuji lagi....tiba-tiba disaat hatiku sedang leka menjaga unggun api dan sedang menyandar di salah satu pokok kecil, bagaikan terasa sejuk pipi ku disaat itu...ku sangkakan daun-daun luruh diatas pokok yang hinggap di pipi ku. Dengan yakin ku cuba mengalihkan BENDA itu dengan tenang...tiba-tiba terasa lembik dan licin ketika tanganku menerjah ke pipi ku, dengan pantas aku menarik dan cuba mencabut BENDA tersebut serta mencampakkan berhampiran unggun api. Nak tahukah apa BENDA itu?.....ia hanyalah PACAT!!!!. sungguh!!! kalau lah ku tahu di pipi ku itu pacat...comfirm aku takkan sesekali memberanikan diri untuk mencabutnya..kerana sememangnya aku memang takut dan geli dengan PACAT.....
Berhampiran unggun api inilah tempat ku mencampakkan 'BENDA" tersebut
Setelah kami bergilir-gilir menjaga unggun api..kuterasa matahari mula terbit menyinari kegelapan hutan yang kami duduki....kami sama-sama membersihkan kawasan dan menunggu bilakah kami akan diambil pulang ke pusat perkhemahan. Akhirnya kami semua selamat dan keluar dari kawasan survival kami lingkungan jam 1430.
Hari Keempat
12/10/2010 (SELASA)
mengabdikan kenangan di Kem Murni sebelum kami pulang
Tepat jam 0830hrs ditangan ku ,kami sama-sama bergotong royong membersihkan kawasan perkhemahan kami serta membuka khemah kami untuk pulang. Hati saat ini begitu merindui keluargaku dan tak sabar rasanya menceritakan pengalaman ku kepada anak ku tercinta. Walaupun banyak halangan serta pergorbanan yang kulakukan disaat ini.., aku yakinkan bahawa aku ikhlas kerana Allah serta rela berkorban demi apa sahaja asalkan aku dapat buktikan kepada keluarga yang aku ingin berjaya dan mengotakan janji ibubapaku serta suami tercinta. Takkan ku sia-siakan pembelajaranku kerana ku tau suamiku banyak menghabiskan duit keranaku, aku sanggup mengorbankan masaku bersama keluarga, sanggup membahagikan masa kerja, pelajaran serta keluarga dan diri ku sendiri....,tapi itu takkan mematahkan semangat ku berusaha mencapai cita-cita ku.
Bersungguh-sungguh rakanku melipatkan khemah yang telah kami basuh
Sempat tanganku mengambil gambar rakan-rakanku yang sedang membasuh khemah.
1430hrs kami selamat sampai di UiTM Shah Alam. Kami sekali lagi sama-sama membasuh khemah dan mengangkat keperluan-keperluan kami. Walaupun dapat ku lihat masing-masing kepenatan..tetapi kami sama-sama saling bantu membantu bak kata pepatah "ringan sama dijinjing, berat sama dipikul". Banyak kenangan indah kami disana yang akan dijadikan pengajaran serta tauladan berguna buat diriku. Segala tunjuk ajar serta bantuan daripada semua yang terlibat amatlah ku hargai dan ribuan terima kasih jua aku ucapkan hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi. Kepada rakan-rakan seperjuangan terima kasih jua ku pohon atas jasa baik kalian.
stedy kak..gua saspek sama lu arg....
ReplyDelete