Monday, November 1, 2010

Selamat Hari Lahir Mak...

Assalamualaikum....


Hari ini aku menjalankan rutin harian kerjaku di pejabat. Ku lihat di kalendar meja ku 1/11/2010 dan tertulis di coretan pada tarikh tersebut "Birthday Mak".Ya hari ini adalah hari Lahir Mak yang telah membesarkan aku dan banyak membimbing diriku sehingga aku mengapai impian ku.

Air mata ku mula bergenang mengenangkan keringat tubuhnya mencari rezeki bagi membesarkan kami 5 beradik. Memang Abah ketika itu berkerja sebagai polis tapi pada ketika itu gaji polis masih kecil. Setiap pagi mak akan bangun awal menyiapkan kuih muih yang akan dihantar kekedai berhadapan dengan balai polis. Pada ketika itu aku masih bersekolah darjah 4 dan kami sekeluarga menetap di Pengkalan Chepa Kelantan.Ku lihat ibu sedang leka mengoreng donut untuk dihantar ke kedai. Sempat ku perhatikan raub wajah ibuku yang penuh dengan persoalan yang ketika itu tak dapat aku huraikan.Ku tau Mak penat dan sanggup melakukan apa sahaja walaupun terpaksa menyiapkan pakaian tempahan pada waktu malam asalkan anak-anak dapat keselesaan untuk pembelajaran.
Itulah Mak aku yang tak kenal erti jemu serta penat bagi mencari rezeki buat kami. Dan semangat ibu itu jua lah yang memberi ku semangatku menempuh ujian dariNya serta berkorban jiwa dan raga kepada anak ku. Mak lah kesayang ku dan semangatku untuk terus menimba ilmu walaupun aku tau ketika ini amat berat ujian yang aku harus tempuhi kerana memikirkan kerjaya serta keluarga. Tetapi setiap detik semangat ku kembali segar apabila terkenangkan pergorbanan ibu yang tak pernah mengenal erti jemu buat kami.
Mak..... Deqla sayangkan mak. Pergorbanan mak memang tak mampu dibalas ....,hanya doa Deqla hulurkan semoga Mak senantiasa di lindungiNya dan dipanjangkan umur.Mak lah semangat Deqla dan kekuatan Deqla. Doakanlah deqla berjaya itu sahaja yang dapat Deqla ganti dengan penat jenuh mak membesarkan Deqla." Kaulah ilham ku dan Kaulah Semangatku"....

No comments:

Post a Comment