Sunday, September 5, 2010

Abseiling Or Rappelling / Minggu Ke Lapan

Assalamualaikum

04 Sept 2010 (Sabtu)

Minggu ini seperti biasa kelas dijalankan di Maktab PDRM KL. Kali ini benar-benar menaraik minatku kerana diberi peluang dan pendekatan tentang aktiviti "Abseiling" .Banyak sebenarnya peralatan-peralatan digunakan bagi memastikan semasa kita melakukan aktiviti ini, kita dalam keadaan selamat serta mempunyai ciri-ciri keselamatan.






Pastikan Topi yang dipakai kemas dan selesa bagi mengelakkan topi terjatuh semasa aktiviti dijalankan.



Ntahlah... sepanjang hidup ku aku tidak pernah melakukan aktiviti ini , kerana bagiku seperti menempah Maut!.Tapi sebenarnya tanggapan ku salah.....terasa jua itu sebenarnya adalah salah satu aktiviti yang sepatutnya dicuba oleh semua.Dalam hatiku terdetik jua kebimbangan, bayangkanlah tali yang menampung kami itu adakah kuat serta mampu membebani keberatan badan kita? Tapi Cik Hisyam telah menerangkan dengan lebih terperinci dan sedikit sebanyak dapat mengurangkan perspektif negatif ku.





Pening juga melihat banyak peralatan yang digunakan sepanjang aktiviti ini dijalankan bagi memastikan keselamatan terjamin.





Dibawah adalah teknik-teknik bagi abseiling yang akan kami lakukan nanti...







Orienteering- Minggu Ke Tujuh




Assalamualaikum.............

21/08/2010 (Sabtu)

Jam telah menunujukkan tepat pukul 9 pagi.....suasana kelas pada hari ini amat tenang dan ceria. Hari tersebut kelas kami di Maktab PDRM Kl seperti biasa. Kali ini kami menambah ilmu pengetahuan tentang Orienteering.

Salah satu badan yang melaksanakan aktiviti tersebut adalah "Government Body Orienteering- IOF " di Copenhagen pada tahun 1961. Orienteering ini sebenarnya adalah salah satu aktiviti rekreasi yang terkenal juga. Aktiviti ini melibatkan cara-cara bagi menguji minda serta kecerdasan bagi mencari jalan untuk sampai ke "Cheack Point" yang telah ditetapkan dengan betul dan cepat. Aktiviti ini selalunya dijalankan secara individu ataupun berkumpulan.Setiap markah peserta akan dinilai mengikut " Distance Difficulty".Peserta selalunya dibekalkan peta Kompas dan jadual dimana setiap "Cheack point" yang ditetapkan.





Kami juga diberi peluang bagi mempelajari teknik-teknik mengendalikan Kompas dengan betul berdasarkan peta yang diberi. Sungguh geli hati melihatkan gelagat masing-masing menentukan arah tuju.Dulu semasa di alam persekolahan aku cuma diberi peluang mengendalikan kompas tanpa mengunakan peta. terlalu sukar juga pada permulaan menentukan arah posisi berdasarkan peta yang telah diberi...tapi dmi ilmu , aku mesti berusaha untuk mempelajarinya dengan betul.

Kami juga akan diberi peluang untuk melakukan Orienteering tersebut di Bukit Cerakah Seri Alam .Mesti seronok menikmati keindahan serta kehijauan ciptaan Allah yang Maha Bijaksana.Ya Allah... Aku bersyukur kerana dapat menikmati keindahan Ciptaan Mu.

Minggu Ujian !!! Minggu Kelima/Rekreasi




Assalamualaikum..............

(07/08/2010) Sabtu

Minggu ini kami akan menduduki Ujian . Kali ini ujian banyak meliputi perkara-perkara yang telah kami praktikkan sebelum ini. Sebelum ujian, hati ku terasa tertekan juga kerana memikirkan soalan yang harus kami jawab.....,Ujian dijalankan selama 1jam sahaja....., ternyata hati tertambat rasa gembira dan tenang,kerana kebanyakkan soalan memang berkisarkan apa yang kami telah lakukan sebelum ini.

Selesai ujian, kami terus mengetahui markah ujian tersebut dan berbincang mengenai soalan tersebut.... Alhamdulillah aku mendapat 4/5 bermakna cuma salah satu sahaja. Syukur dan berpuas hati dengan keputusan ujian tersebut.

Selepas ujian kami menyambung pembelajaran kami dengan topik baru .

Thursday, September 2, 2010

First Aider -Rekreasi /Minggu Ke Enam

Assalamualaikum......

14/08/2010 (Sabtu) Minggu Ke Enam


Teringat kembali keseronokan ketika kami diberi peluang untuk mempelajari teknik-teknik balutan bagi jenis-jenis kecederaan. Mula-mula memang nampak senang tetapi setelah aku diberi peluang melakukannya sendiri pada rakan sekelas.....memang memerlukan kesabaran serta ketelitian agar ikatan serta balutan tersebut kemas, selesa bagi pesakit serta tidak mudah tertanggal.
Kami banyak mempelajari teknik ikatan pada bahagian tangan akibat patah, kecederaan kepala, pergelangan tangan.Nampak senang apabila Cik Hisyam membuat demo kepada kami...,sebenarnya sebagai seorang penyelamat memerlukan kesabaran serta perlu melakukan perkara tersebut dengan betul bagi mengelakkan kecedaraan tersebut menjadi semakin parah.

Tengah Cik Hisyam menunujukkan Demo cara-cara balutan...sempat juga Cik Hisyam membuat jenaka.....pastikan ikatan tak seperti ini....nanti lain pulak jadinya...hehehhehe




ini pula dikenali sebagai " Ring Pad " yang selalunya diletakkan kepada bahagian luka yang teruk terutamanya dikepala bagi mengelakkan luka tersebut terlanggar ataupun terkena objek yang lain ...setelah itu tempat tersebut hendaklah dibalut dengan kemas agar "Ring Pad" tidak terjatuh .







Bersama rakan -rakan saling membantu bagi memastikan semua membuat balutan dengan betul




Sebelum ini aku langsung tidak mengambil berat tentang cara-cara yang betul untuk membalut luka. Inilah pengalaman yang amat berguna yang boleh dijadikan sebagai langkah berjaga-jaga jika suatu hari nanti terjadinya insident di depan mata.

Sekarang barulah aku tau kenapa sebelum ini mak benar-benar mengharapkan aku menjadi seorang jururawat....selama ini aku memang tidak menyukai perkerjaan ini disebabkan aku memang tidak suka pada kerja-kerja yang banyak memerlukan kesabaran serta takut pada jarum suntikan!!! heheh kepada mak...walaupun anakmu ini tidak dapat menjadi jururawat seperti yang mak inginkan tapi jangan risau sedikit sebanyak anakmu ini banyak mengetahui langkah-langkah awal keselamatan hehehe....



Lihatlah gelagat rakan-rakan sekelas yang sempat aku ambil.....sekali sekala hati kami terhibur dengan lawak jenaka yang mereka lakukan.....



Gambar ini aku ambil selepas rakan-rakan ku mempraktikkan segala jenis-jenis balutan yang telah Cik Hisyam tunjukkan pada hari tersebut. Kesian rakanku ini kerana telah terpilih menjadi Model Firdt Aider kami hehehhe