Sunday, September 5, 2010

Orienteering- Minggu Ke Tujuh




Assalamualaikum.............

21/08/2010 (Sabtu)

Jam telah menunujukkan tepat pukul 9 pagi.....suasana kelas pada hari ini amat tenang dan ceria. Hari tersebut kelas kami di Maktab PDRM Kl seperti biasa. Kali ini kami menambah ilmu pengetahuan tentang Orienteering.

Salah satu badan yang melaksanakan aktiviti tersebut adalah "Government Body Orienteering- IOF " di Copenhagen pada tahun 1961. Orienteering ini sebenarnya adalah salah satu aktiviti rekreasi yang terkenal juga. Aktiviti ini melibatkan cara-cara bagi menguji minda serta kecerdasan bagi mencari jalan untuk sampai ke "Cheack Point" yang telah ditetapkan dengan betul dan cepat. Aktiviti ini selalunya dijalankan secara individu ataupun berkumpulan.Setiap markah peserta akan dinilai mengikut " Distance Difficulty".Peserta selalunya dibekalkan peta Kompas dan jadual dimana setiap "Cheack point" yang ditetapkan.





Kami juga diberi peluang bagi mempelajari teknik-teknik mengendalikan Kompas dengan betul berdasarkan peta yang diberi. Sungguh geli hati melihatkan gelagat masing-masing menentukan arah tuju.Dulu semasa di alam persekolahan aku cuma diberi peluang mengendalikan kompas tanpa mengunakan peta. terlalu sukar juga pada permulaan menentukan arah posisi berdasarkan peta yang telah diberi...tapi dmi ilmu , aku mesti berusaha untuk mempelajarinya dengan betul.

Kami juga akan diberi peluang untuk melakukan Orienteering tersebut di Bukit Cerakah Seri Alam .Mesti seronok menikmati keindahan serta kehijauan ciptaan Allah yang Maha Bijaksana.Ya Allah... Aku bersyukur kerana dapat menikmati keindahan Ciptaan Mu.

No comments:

Post a Comment