Thursday, September 2, 2010

First Aider -Rekreasi /Minggu Ke Enam

Assalamualaikum......

14/08/2010 (Sabtu) Minggu Ke Enam


Teringat kembali keseronokan ketika kami diberi peluang untuk mempelajari teknik-teknik balutan bagi jenis-jenis kecederaan. Mula-mula memang nampak senang tetapi setelah aku diberi peluang melakukannya sendiri pada rakan sekelas.....memang memerlukan kesabaran serta ketelitian agar ikatan serta balutan tersebut kemas, selesa bagi pesakit serta tidak mudah tertanggal.
Kami banyak mempelajari teknik ikatan pada bahagian tangan akibat patah, kecederaan kepala, pergelangan tangan.Nampak senang apabila Cik Hisyam membuat demo kepada kami...,sebenarnya sebagai seorang penyelamat memerlukan kesabaran serta perlu melakukan perkara tersebut dengan betul bagi mengelakkan kecedaraan tersebut menjadi semakin parah.

Tengah Cik Hisyam menunujukkan Demo cara-cara balutan...sempat juga Cik Hisyam membuat jenaka.....pastikan ikatan tak seperti ini....nanti lain pulak jadinya...hehehhehe




ini pula dikenali sebagai " Ring Pad " yang selalunya diletakkan kepada bahagian luka yang teruk terutamanya dikepala bagi mengelakkan luka tersebut terlanggar ataupun terkena objek yang lain ...setelah itu tempat tersebut hendaklah dibalut dengan kemas agar "Ring Pad" tidak terjatuh .







Bersama rakan -rakan saling membantu bagi memastikan semua membuat balutan dengan betul




Sebelum ini aku langsung tidak mengambil berat tentang cara-cara yang betul untuk membalut luka. Inilah pengalaman yang amat berguna yang boleh dijadikan sebagai langkah berjaga-jaga jika suatu hari nanti terjadinya insident di depan mata.

Sekarang barulah aku tau kenapa sebelum ini mak benar-benar mengharapkan aku menjadi seorang jururawat....selama ini aku memang tidak menyukai perkerjaan ini disebabkan aku memang tidak suka pada kerja-kerja yang banyak memerlukan kesabaran serta takut pada jarum suntikan!!! heheh kepada mak...walaupun anakmu ini tidak dapat menjadi jururawat seperti yang mak inginkan tapi jangan risau sedikit sebanyak anakmu ini banyak mengetahui langkah-langkah awal keselamatan hehehe....



Lihatlah gelagat rakan-rakan sekelas yang sempat aku ambil.....sekali sekala hati kami terhibur dengan lawak jenaka yang mereka lakukan.....



Gambar ini aku ambil selepas rakan-rakan ku mempraktikkan segala jenis-jenis balutan yang telah Cik Hisyam tunjukkan pada hari tersebut. Kesian rakanku ini kerana telah terpilih menjadi Model Firdt Aider kami hehehhe























































No comments:

Post a Comment