Wednesday, August 11, 2010

rekreasi minggu ke -empat


coretan luahan dari http://anginbayu-deqla.blogspot.com/2010_08_01_archive.html


31/07/2010 (Sabtu)


Assalamualaikum......

Minggu ini kami akan memasang khemah dengan cara serta teknik ikatan yang betul di kawasan yang agak lapang di SUKSIS,UiTM dan juga kami akan bermula sesi "Water Confident" yang diadakan di pusat kolam renang UiTM Walaupun penat serta keletihan,tetapi inilah pergorbanan yang aku harus lalui bagi meneruskan pembelajaran serta memotivasikan diriku, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.


Terlalu banyak keseronokan serta ilmu pengetahuan yang kami praktikan pada minggu keempat kelas kami. Disinilah kami dapat melihat rakan-rakan bersama membanting tulang, berkerjasama serta saling bantu membantu diantara satu sama lain.Walaupun kelas kami tidaklah ramai,tetapi hati ini betul-betul terhambat sayu serta gembira melihat keikhlasan masing-masing membanting tenaga untuk menyiapkan khemah bersama-sama...alhamdulillah.Sikap positif serta bertolak ansur ini boleh dijadikan teladan kepada kami semua, seperti kata pepatah "ringan sama dijinjing, berat sama dipikul".





kami sama-sama membanting tulang mengikat ikatan manok pada sebatang pokok yang besar.Kami kene pastikan tempat ikatan itu dibuat haruslah tinggi serta kuat agar khemah nanti tidak mempunyai masalah.



satu...dua..tarikkkkkkkkk, lihatlah kami bersungguh-sungguh berusaha menegangkan tali pada lilitan pokok kedua,agar tali menjadi tegang.

Cik Hisyam memberi sedikit teguran kepada kami agar di lain masa khemah seharusnya tinggi supaya semua yang berada didalamnya boleh berdiri serta menjalankan solat dengan selesa.Ia jua penting bagi memastikan udara mencukupi bagi menampung ramai yang berada didalamnya dalam satu masa.


Kami sama-sama membantu bagi memastikan ikatan yang kami lakukan tegang serta selari dengan yang lain.








ya...akhirnya kami dapat menyiapkan khemah ini dalam masa 45minit. Walaupun bilangan kami sedikit tetapi atas usaha serta saling bertolak ansur dapat menyatukan kami.Tanpa tunjuk ajar serta tip-tip yang berguna daripada cik Hisyam , mana mungkin kami dapat melakukannya dengan sempurna serta dengan cepat.

Setelah selesai serta kami sama-sama menurunkan khemah dan membersihkan kawasan tapak khemah,kami menuju ke Pusat Kolanm Renang ,UiTM. Pada tika ini hati aku tiba-tiba terasa gundah gulana kerana memikirkan apa yang kami akan tempuhi sepanjang pembelajaran kami.Satu perkara yang membuatkan hatiku gusar adalah kerana aku tak tahu berenang!!! Ya aku tak tau berenang dan pernah lemas.Disebabkan itulah aku betul-betul takut dengan air.Ya Allah kau lindungilah hambaMu yang lemah ini.

Sesi pertama memang mendebarkan aku apabila Cik Hisyam menyuruh kami melakukan cara pernafasan dengan betul didalam air selama 20 kali.Ya Allah..hatiku benar-benar takut untuk menyelam didalam air...tetapi aku kuatkan semangat kerana ku tahu gagal sekali bukan bermakna aku gagal tuk selamanya.

Alhamdulillah,,atas tunjuk ajar serta bantuan daripada pembantu yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang mengikuti ijazah...,aku beranikan diri untuk mengapungkan badan....sungguh aku benar-benar rasa keseronokan itu tanpa menghiraukan pengalaman pahit ku dulu.Tetapi itu hanyalah sementara apabila aku mulai lemas kembali...keyakinanku makin pudar serta aku mulai merasa kurang keyakinan.Walaupun banyak rakan-rakan yang ingin membantu aku teruskan usaha tetapi aku tidak bisa mengawal perasaan ku.Tapi aku pasrah dan menerima kenyataan...mungkin ini hari pertama ku,serta aku harapkan suatu hari nanti aku pasti melakukan dengan betul serta mengingati teknik-teknik yang telah disampaikan oleh Cik Hisyam...insaallah aku akan teruskan usaha untuk mencuba lagi serta ingin mengubah cara serta hilangkan ketakutanku pada air.

masa yang aku ambil bagi menyelamatkan mangsa orang lemas ialah 16saat....,insaallah aku harus memperbaiki masa tersebut.



heheh tuh la muka ku yang betul2 fobia ngan air.....tapi kali nih aku berani la jugak walaupun dah banyak telan air,















sesi kelas di minggu ketiga-Uitm


Gambarku bersama rakan-rakan sekelas mencuba "Backpack" yang dibawa oleh lecturer ku Cik Hisyam

sambungan kisah dari http://anginbayu-deqla.blogspot.com/2010/07/rekreasi-uitm.html dan juga http://anginbayu-deqla.blogspot.com/2010/07/pengalaman-mengajarku-minggu-kedua.html

24/07/2010 ( Sabtu)

Assalamualaikum......

Terlalu rindu jari jemariku menuruti gerak hatiku yang ingin membuka bicara pada kali ini..., dikala malam nan syahdu ini .Terlalu lama jua aku tidak mencoret cebisan rasa disebabkan kesihatanku yang tak mengizinkan.

Hari ini kelas kami diadakan di Bilik Komputer di MTP,KL disebabkan masih ramai dikalangan kami tidak tahu untuk mengunakan blogspot. Setelah selesai semua rakan-rakan kami mengetahui sedikit sebanyak tip-tip yang berguna oleh cik Hisyam, kami memulakan sesi kelas kami dengan topik yang agak menarik minatku iaitu topik "Camp Craft".Banyak juga sebenarnya yang aku tidak ketahui tentang pengurusan semasa ingin menyertai perkhemahan. Di zaman sekolah dulu ,tidak terlintas difikiranku mengenai kelengkapan-kelengkapan yang sepatutnya kita bawa ketika menyertai perkhemahan.Semua yang diajar serta diterangkan oleh cik hisyam memang perkara yang seharusnya kita bawa untuk memudahkan kita bagi tujuan keselamatan malah jua untuk keselesaan kita disana.Salah satu yang menarik minatku ialah ketika kita hendak memasang khemah.Selalunya kita hanya memastikan tempat itu lapang sahaja tanpa menitik beratkan hal-hal yang lain seperti langkah-langkah keselamatan serta pastikan khemah kita dalam keadaan baik dan jauhi daripada segala benda-benda yang tajam yang boleh menyebabkan kerosakan pada khemah. Hati ini jua teruja dengan "Bagpack" yang telah dibawa oleh lecturer kami. Memang beg ini sangat sesuai bagi sesiapa sahaja yang ingin mengikuti perkhemahan kerana banyak kelengkapan-kelengkapan yang boleh diisi dan mempunyai ciri-ciri keselamatan kepada sesiapa yang mengunakannya.Ya!!! memang terkejut aku bila Cik Hisyam memaklumkan harga beg tersebut....,tapi memang berbaloi dengan harganya serta keselesaan kepada siapa sahaja yang mengunakan beg tersebut.

Cik Hisyam juga sempat menerangkan sedikt sebanyak tentang pengenalan "Outdoor Recreation" pada kami. Banyak sebenarnya aktiviti-aktiviti rekreasi ,diantaranya ialah aktiviti seperti "Jungle Tracking","Flying Fox",kayak, memancing, berenang dan banyak lagi aktiviti rekreasi lain. Terdapat banyak sebenarnya penubuhan-penubuhan yang mengetengahkan rekreasi ini bagi tujuan mencergaskan minda,kesihatan serta mendisiplinkan diri kita.

Minggu depan, hati ini berdebar-debar kerana kami semua akan membuat khemah serta sesi "Water Confident". Em adakah Fobiaku pada air berulang kembali?.... ataupun hari itu boleh mengubah Fobiaku pada Air?....tungguuuuuuuuuuu....