Thursday, July 22, 2010

pengalaman mengajarKu -minggu kedua (Rekreasi )


Assalamualaikum....


17/07/2010 jam menunjukkan pukul 2petang. Bermulalah sesi pembelajaran kami yang aku nantikan,walaupun penat membanting tenaga ku ,tetapi aku gagahkan jua niat serta sanubariku untuk meneruskan keyakinan ku ini. Tetapi hati ini mengulit kenangan kelucuan mengimbas kembali nostalgia pada hari itu.Sesungguhnya Allah itu Penentu segalanya..., rupa-rupanya tali yang aku bawa tak sama dengan tali yang dikehendaki oleh Lecturer ku En. Hisyam. Tapi aku yakin, aku memang berkobar-kobar untuk mempelajari teknik-teknik serta cara-cara mengikat tali dengan betul...,tetapi itulah dugaan yang aku hadapi tali yang aku bawa tidak serupa.

Alhamdulillah bersyukur aku ke hadrat Illahi walaupun sedikit rasa kecewa dan kurang keyakinan yang aku boleh melakukan dengan tali sekecil yang aku bawa....tetapi En hisyam memberi semangat serta menyakinkan aku bahawa tali itu boleh digunakan.Sesungguhnya hati melonjak gembira dan aku ingin buktikan usaha serta memberi tumpuan sepenuhnya apa yang ingin disampaikan oleh En. hisyam.

Kecil-kecil cili padi....itulah gelaran yang boleh aku berikan kepada tali kecil yang aku bawa pada hari itu...Ya memang sukar untuk aku mengolah serta mengikat tali seperti yang dikehendaki..tapi atas sikap positif serta keyakinanku sendiri,dapat jua aku lakukan dengan mudah .Dari situlah aku mula belajar bahawa semangat serta pergorbanan yang kita sematkan di dalam hati akan memberi impaks yang positif juga pada kita..insaallah.

Semasa En Hisyam memberikan sepenuh usaha mengajar kami...sempat mata ku mengalih pandangan kepada rakan-rakan ku yang bertungkus lumus mengulangi ikatan yang telah diajar....bermacam-macam gelagat yang aku perhatikan yang sedikit sebanyak dapat menghilangkan rasa penat serta memikirkan permasalahan yang lain.

Banyak jenis-jenis ikatan yang kami pelajari pada hari ini diantara nama- nama ikatan adalah Reef Knot atau pun nama yang lain ialah Squre Knot, cara ikatan dia amat mudah dan aku dapat melakukannya ..alhamdulillah.Dan diantara ikatan-ikatan yang lain adalah sheet Bend, double sheet bend, bowline, clove hitch, figure eight, figure eight loop, figure of eight double loop, Butterfly Knot, fisherman's knot dan juga double fisherman's knot.

Pengajaran daripada pembelajaran aku ari ini ialah....aku harus yakinkan diri serta banyakkan memberi perhatian diatas pengetahuan baru ini agar ianya tidak luput dek ingatan...Ya Allah....berikanlah keyakinan ku....akan ku harungi dugaan ini walaupun begitu hebat dugaan dan cabaran yang aku harus lalui. Heheheh taliku...kecil-kecil cili padi




DiBawah terdapat contoh-contoh ikatan yang telah kami pelajari.... kepada rakan-rakan selamat mencuba....



Clove Hitch


Figure of Eight Double Loop




Butterfly Knot

Double Fisherman's Knot



Squre Knot





Bowline







2 comments:

  1. Syabas....semoga diingat selalu.. jangan dilupa untuk bekalan semasa aktiviti perkhemahan nanti...

    ReplyDelete
  2. inssallah...semoga Allah memberkati usaha kita semua

    ReplyDelete