Assalamualaikum….
11/07/2010 (Ahad)
Emm sukar sebenarnya nak bgtau sapakah saya sebenarnya…,tapi kenyataannya inilah saya hehhe. Saya dilahirkan dari keluarga sederhana sahaja. Dilahirkan pada 01/02/1981 di Kem PGA Kubang Badak.Ya…Ayah saya Mohd Fadzli Bin Hj Mohammad adalah seorang Polis ketika itu dan mak saya Hasnah Binti Mahati adalah seorang suri rumahtangga sepenuh masa yang menjaga kami 5 beradik dengan kasih sayang.X caya? kami 5 beradik semuanya perempuan.kakak sulung saya Farha ,diikuti dengan saya Fadzilah (hehehehh), adik saya Nurul Huda, Nor Rasyidah dan paling bungsu Norhasmiza.
Alhamdulillah..saya bersekolah di sekolah Dato’ Hasyim,kelantan sampai darjah 4 kerana abah ditugaskan di Balai Polis Pengkalan Chepa diketika itu.Selepas itu saya bertukar ke sekolah Padang Kubu,Kemaman,terengganu.,atas alasan yang sama mengikut ayah yang ditugaskan di Pondok Polis Padang Kubu.Tempat disitu memang terpencil dan memang sunyi dari kesibukan bandar.cuma yang ada di situ pemandangan kelapa sawit dan bunyi2 jentolak berserta LORI HANTU hehehh.Naik saja tingkatan 1, saya bersekolah di Sek.Men Ayer Putih,Kemaman. Saya memang aktif sukan,macam2 acara saya main sehinggakan mak selalu marah kerana dia risau saya abaikan pembelajaran. Bayangkan sampaikan kedegilan saya nie..tanpa pengetahuan saya, semasa di tingkatan 4 keluarga saya mendaftarkan saya untuk tinggal di asrama semata2 mahukan saya belajar bersama rakan2 yang lain.Memang mula2 saya betul2 marah dan pernah ponteng balik ke rumah…tapi itulah…saya berterima kasih kepada mak dan abah kerana akhirnya saya lulus jugak spm walaupun hanya mendapat pangkat 2.alhamdulillah.Rasanya klu saya alfa dengan dunia sukan sahaja..emmm keputusan SPM mesti teruk daripada itu kan?
Tamat sekolah saya tinggal bersama TOK saya di Kubang Badak,Trg.Bosan dan tak tau nak buat apa.saya ambil keputusan berkerja dengan mengikut sepupu saya berkerja di kilang buat brek motor..heheh dah lupa nama kilang tuh.Tuh pun saya degil x bgtau abah sehinggakan abah betul2 terkejut dengan tindakan saya. Saya buat itu kerana tidak mahu menyusahkan keluarga…,dan ingin mencari duit poket.Tanpa disedari adalah peluang pengambilan polis..so saya memang minat oleh kerana dari sekolah lagi saya memang aktif Kadet Polis dengan memegang jawatan Naib Pegerusi masa tuh.So pada 1/6/2000, saya diterima masuk polis dan telah menjalani latihan kepolisian di PULAPAH,Negeri Sembilan.
So…setelah berhempas pulas disana selama 9 bulan…,saya telah ditugaskan di IPK Johor.Bermacam-macam pengalaman yang saya tempuhi..semua itu menguji kesabaran saya…,tapi saya tau Allah melindungi saya jika saya bersabar menempuh dugaan dariNya. Jodoh saya dengan Musfaizal Bin Mustaffa seorang anggota polis jugak…pada 04/06/2005 kami sah menjadi pasangan suami isteri. dan genab setahun ulangtahun perkahwinan kami, hidup kami diserikan dengan kehadiran puteri Fardina Maisara yang lahir pada 5/6/2006.Setakat ini dulu coretan dari saya..nak tau selanjutnya? tungguu
No comments:
Post a Comment