Friday, July 23, 2010

Hari kedua Kursus di Agro Resort



Sambungan coretan dari http://anginbayu-deqla.blogspot.com/2010/07/kursus-senamrobik-di-agro-resort.html

2nd Days(16/03/2009)- pagi2 kitaorg ada latihan senamrobik.dalam kul 10pagi selepas makan... tibalah cabaran yang x dapat ila lupakan iaitu jungle trekking...Alhamdulillah nasib baik xde perkara buruk yang berlaku.sampai ditengah hutan..kitaorg kene masak by group..tapi best selama nie x pernah masak nasi menggunakan buluh..bila nasi dah masak nasi tersangatlah sedap..macam x puas makan ari tuh heheh.lepas makan kami bergerak pulang ke resort dan selamat sampai dalam kul 3ptg. dalam kul 4ptg,ila betul2 seronok sebab x pernah merasai naik jambatan kabel yang boleh tahan tingginya..bila berada ditengah jambatan tuh peh memang kuat bergoyang..time tuh ler kita diuji.balik daripada merentasi jambatan kabel,kitaorg melalui kawasan hutan.time tuh banyak pacat...,dalam kasut ila saja ada 4ekor..nasib baik ada org cabutkan pacat tuh..ila nie memang takut pacat.







hehhe tengok lahh muka aku yang gayat....memang tinggi tengok dari atas nampak org macam semut




bersama rakan-rakan Team senamrobik atas dari kiri Wanie, Yatt, Kak Tie
Barisan bawah dari Kiri, Aku, kak tan dan Ainie




Kursus Senamrobik di Agro Resort

Assalamualaikum...

Pada 15/03/2009 ila pi kursus asas dan lanjutan senamrobik siri 1/2009 di agro resort,bentong...memang cantik permandangan kat saner ,lagi pun dah lamer x ada maser nak lihat permandangan indah ciptaaNya .







Thursday, July 22, 2010

pengalaman mengajarKu -minggu kedua (Rekreasi )


Assalamualaikum....


17/07/2010 jam menunjukkan pukul 2petang. Bermulalah sesi pembelajaran kami yang aku nantikan,walaupun penat membanting tenaga ku ,tetapi aku gagahkan jua niat serta sanubariku untuk meneruskan keyakinan ku ini. Tetapi hati ini mengulit kenangan kelucuan mengimbas kembali nostalgia pada hari itu.Sesungguhnya Allah itu Penentu segalanya..., rupa-rupanya tali yang aku bawa tak sama dengan tali yang dikehendaki oleh Lecturer ku En. Hisyam. Tapi aku yakin, aku memang berkobar-kobar untuk mempelajari teknik-teknik serta cara-cara mengikat tali dengan betul...,tetapi itulah dugaan yang aku hadapi tali yang aku bawa tidak serupa.

Alhamdulillah bersyukur aku ke hadrat Illahi walaupun sedikit rasa kecewa dan kurang keyakinan yang aku boleh melakukan dengan tali sekecil yang aku bawa....tetapi En hisyam memberi semangat serta menyakinkan aku bahawa tali itu boleh digunakan.Sesungguhnya hati melonjak gembira dan aku ingin buktikan usaha serta memberi tumpuan sepenuhnya apa yang ingin disampaikan oleh En. hisyam.

Kecil-kecil cili padi....itulah gelaran yang boleh aku berikan kepada tali kecil yang aku bawa pada hari itu...Ya memang sukar untuk aku mengolah serta mengikat tali seperti yang dikehendaki..tapi atas sikap positif serta keyakinanku sendiri,dapat jua aku lakukan dengan mudah .Dari situlah aku mula belajar bahawa semangat serta pergorbanan yang kita sematkan di dalam hati akan memberi impaks yang positif juga pada kita..insaallah.

Semasa En Hisyam memberikan sepenuh usaha mengajar kami...sempat mata ku mengalih pandangan kepada rakan-rakan ku yang bertungkus lumus mengulangi ikatan yang telah diajar....bermacam-macam gelagat yang aku perhatikan yang sedikit sebanyak dapat menghilangkan rasa penat serta memikirkan permasalahan yang lain.

Banyak jenis-jenis ikatan yang kami pelajari pada hari ini diantara nama- nama ikatan adalah Reef Knot atau pun nama yang lain ialah Squre Knot, cara ikatan dia amat mudah dan aku dapat melakukannya ..alhamdulillah.Dan diantara ikatan-ikatan yang lain adalah sheet Bend, double sheet bend, bowline, clove hitch, figure eight, figure eight loop, figure of eight double loop, Butterfly Knot, fisherman's knot dan juga double fisherman's knot.

Pengajaran daripada pembelajaran aku ari ini ialah....aku harus yakinkan diri serta banyakkan memberi perhatian diatas pengetahuan baru ini agar ianya tidak luput dek ingatan...Ya Allah....berikanlah keyakinan ku....akan ku harungi dugaan ini walaupun begitu hebat dugaan dan cabaran yang aku harus lalui. Heheheh taliku...kecil-kecil cili padi




DiBawah terdapat contoh-contoh ikatan yang telah kami pelajari.... kepada rakan-rakan selamat mencuba....



Clove Hitch


Figure of Eight Double Loop




Butterfly Knot

Double Fisherman's Knot



Squre Knot





Bowline







Tuesday, July 13, 2010

Hari terakhir di Indonesia

Hari terakhir rombongan kami di Indonesia,,,.kami diberi peluang melawati persekitaran bandung dan sempat juga Deqla Shoping di Factory Outlet disana.





Pukul 1300hrs romboongan kami sampai ke lapangan terbang Bandung untuk pulang ke Malaysia




kenangan bersama customer services di lapangan terbang Bandung



Hari keempat di Indonesia

Setelah kami menjejaki Tmn Nusantara Puncak....kami teruskan perjalanan kami ke Bandung,Indonesia.....

Hari Keempat selepas menjamu selera,kami berpeluang untuk melawati satu-satunya peninggalan Gunug Berapi yang sudah tidak aktif iaitu di Tangkuban Perahu, Bandung. Sungguh teruja Deqla ketika itu melihat kebesaran Allah dan betapa besarnya Kawah berapi disana. Suasan disan dipenuhi dengan pelancong-pelancong yang ingin mengetahui sejarah serta ingin merasai sendiri suasan disana.Ternyata kami tidak dapat menahan bau Belerang yang terlalu kuat disana.






Deqla bergambar kenangan berlatarbelakangkan kawah berapi yang begitu besar.




inilah dia kawah berapi yang dapat dilihat sehingga sekarang



Tak sangka kami dapat merasa buah resberi disana yang amat manis sekali



Bergambar kenangan bersama perniaga di sana. Perniaga ini melakukan sendiri dan menjualnya kepada pelancung disana


Setelah mengabdikan kenangan kami di Tangkuban Perahu.., kami bertolah ke tempat Restaurant Daun,Bandung. Menariknya disini kerana kawasan disekeliling restaurant ini dikelilingi alam flora dan fauna bersama deruan air terjun yang mendamaikan sesiapa sahaj yang menikmani hidangan disini.





Salah satu menu hidangan yang disediakan disini



di persekitaran kawasan restaurant



mengabdikan kenangan bersama penyambut tetamu disana

Hari ketiga di indonesia


Hari ketiga kami menginap di RESTHOUSE di Puncak,Indonesia.Walaupun penat dah masuk hari ketiga,tapi kami tetap bersemangat untuk menikmati masa yang ada disana. Ternyata hati betul-betul tertawan dengan keindahan flora dan fauna disini.Ternyata sungguh besar ciptaan Allah yang Maha Berkuasa atas segala-gala kejadian.





Kami mengabadikan kenangan di hadapa Rest House yang kami duduki di Puncak, Indonesia




haaaa.... jangan x sangka kami disajikan dengan idangan Malaysia..Nasi goreng.Mee Goreng dan Teh Tarik!!!!. nak tau disana memang kita takkan jumpa Teh Tarik. kebetulan pemandu pelancong kami En Alwi telah membawa Teh susu Pekat manis dari Malaysia. Jadi terubat la jugak hati kami untuk merasai masakan Malaysia.








Disinilah tempat-tempat menarik yang sempat kami lawati disepanjang kawasan ,Puncak,indonesia. Kawasan ini sentiasa kekal bersih dan terpelihara bagi mengekalkan keindahan permandangan disini.Kebanyakan rumah-rumah yang terdapat disini tidak berpenghuni dan mereka membeli rumah disini sebgai rumah persinggahan serta perjumpaan keluarga sahaja.

Permandangan yang jauh nun sana...menyenangkan hati serta jauh saujana memandang




Setelah penat berjalan disekitar puncak..kami berada di Taman Nusantara, Puncak, Indonesia.disana terdapat pelbagai hiasan-hiasan serta reka bentuk bunga yang digubah dengan cantik.







dihadapan pintu masuk Taman Nusantara, Puncak.Indonesia.

hari kedua di jakarta


Waktu masih Petang..tetapi di sana sudah gelap serta kebanyakkan kedai-kedai serta pejabat-pejabat disana sudah tutup pada waktu sebegini.



Kenangan bersama Agent pelancong kami Kak ani dan Puan Saadiah serta En Wahab.




Waktu ini di Puncak,Indonesia ketika ini jam menunjukkan pukul 6 petang...kawasannya memang sejuk seperti kita berada di Genting Highlands.




Berjalan -jalan disekitar bandaraya Jakarta yang penih dengan kesesakan manusia dan kenderaan...jauh berbeza dengan kesibukan di Kuala Lumpur.


Bersama Puan Saadiah.... ambil kenangan dengan pencuci mulut kami yang enak heheh..makan jelah kami nie.


Santapan pagi kami di Hotel Mutiara, Jakarta...sungguh unik dan mengenyangkan.